LG Sahkan Tidak Akan Menawarkan Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Buat Masa Ini Comments Off on LG Sahkan Tidak Akan Menawarkan Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Buat Masa Ini 417

Tahun 2019 bakal menyaksikan pelbagai trend baharu yang akan diperkenalkan oleh pengeluar telefon pintar dalam menghasilkan peranti dengan rekaan skrin boleh lipat. Trend ini jelas mendapat perhatian pengeluar popular termasuklah Huawei, Samsung, Xiaomi dan banyak lagi.

Namun berdasarkan kenyataan yang telah dikongsikan oleh Kwon Bong-seok selaku Presiden LG Electronics di laman The Korea Times, LG telah dilaporkan tidak akan memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat buat masa ini. Keputusan ini diambil berikutan kedudukan jenama LG di pasaran yang kurang memberangsangkan berbanding jenama lain.

Berikutan situasi yang dihadapi ini, adalah terlalu awal untuk LG menceburi segmen pasaran telefon pintar dengan skrin boleh lipat. Sungguhpun LG tidak menolak bahawa dari segi keupayaan teknologi, mereka telah bersedia sepenuhnya sebagai persediaan jika mendapat permintaan daripada pengguna.

LG V50 ThinQ merupakan telefon pintar pertama daripada LG yang akan hadir dengan sokongan 5G.

Apa yang menariknya, LG bakal memperkenalkan telefon pintarnya dengan sokongan rangkaian 5G iaitu model LG V50 ThinQ dan G8 ThinQ dalam acara MWC 2019 yang akan berlangsung di Barcelona nanti.

Sumber

Baca juga:

LG Display Dilaporkan Akan Mula Menghasilkan Skrin Boleh Lipat Bermula Tahun 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend