LG Perkenalkan TV OLED 8K Pertama Di Dunia Dengan Ciri Google Assistant Comments Off on LG Perkenalkan TV OLED 8K Pertama Di Dunia Dengan Ciri Google Assistant

Nama LG untuk telefon pintar mungkin tidak sehebat vivo dan Oppo, tetapi daripada segi peralatan rumah terutamanya TV, teknologi LG sangat maju ke hadapan. Terbaru, mereka telah melancarkan TV OLED 8K pertama di dunia di acara IFA Berlin baru-baru ini.

TV bersaiz 88-inci ini menawarkan 33 juta piksel pancar-sendiri untuk menghasilkan nisbah kontra dan kehitaman sebenar melalui panel OLED rekaan LG sendiri. Mengikut spesifikasi, LG OLED 8K ini mempunyai resolusi sehingga 7680 x 4320 piksel malah keseluruhan badan pula direka dengan nipis untuk memnuhi kriteria sebuah TV berteknologi tinggi.

LG OLED 8K turut diintegrasikan dengan sistem kecerdasan buatan yang dipanggil AI ThinQ. Ciri ini membolehkan pengguna melakukan arahan suara untuk mengawal TV, robot penyedut hampagas, penapis udara, lampu pintar, peti sejuk, mesin basuh, dan lain-lain berasaskan Google Assistant. Menurut LG, sebanyak 5,000 peralatan pintar boleh disambungkan kepada Google Assistant menggunakan Wi-Fi ataupun Bluetooth.

Buat masa ini, pihak LG masih belum mengumumkan ketersedian TV ini di Malaysia serta harga yang ditawarkan. Disebabkan TV ini bersaiz besar dan canggih kami pasti harganya mencecah puluhan ribu Ringgit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend