LG Lancar LG G8 ThinQ Dan LG V50 ThinQ 5G Dengan Cipset Qualcomm Snapdragon 855 Comments Off on LG Lancar LG G8 ThinQ Dan LG V50 ThinQ 5G Dengan Cipset Qualcomm Snapdragon 855 387

Tidak dinafikan lagi bahawa populariti LG dilihat semakin suram kerana ia telah dibayangi oleh jenama lain yang semakin mendapat perhatian daripada pengguna. Sungguhpun begitu, LG dilihat sentiasa memeriahkan industri telefon pintar apabila telah memperkenalkan dua peranti mercunya di dalam acara MWC 2019 dengan kemunculan LG G8 ThinQ dan juga LG V50 ThinQ 5G.

LG G8 ThinQ

LG G8 ThinQ menjanjikan tahap keselamatan yang lebih unik berbanding kebanyakan peranti lain di pasaran, ini kerana ia dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari pada panel belakang dan juga pengecaman wajah 3D. Tetapi apa yang membuatkannya lebih unik adalah kaedah keselamatan biometrik melalui pengecaman corak urat pada tapak tangan yang dikenali sebagai Hand ID.

Hand ID membolehkan peranti diakses menggunakan pengecaman urat yang terdapat pada tapak tangan. (kredit gambar: phonearena)

Sistem kamera ‘Z Camera’ pada peranti ini turut boleh digunakan untuk fungsi Air Motion Gestures yang membolehkan pengguna menggunakan gerakan tangan tertentu untuk membuat panggilan, mematikan jam penggera, mengawal muzik dan banyak lagi.

Air Motion Gestures pula membenarkan kawalan peranti menggunakan gerakan tangan atau jari. (kredit gambar: phonearena)

Tidak cukup dengan itu, LG G8 ThinQ turut menyingkirkan penggunaan lubang earpiece yang juga berfungsi sebagai speaker kedua, dan menggantikannya dengan teknologi Crystal Sound OLED Stereo. Menurut LG, getaran pada paparan OLED akan menghasilkan bunyi yang kuat dan teknologi ini mirip seperti yang diperkenalkan oleh Xiaomi pada model Mi MIX.

LG G8 ThinQ akan ditawarkan sama ada dengan sokongan tiga atau dua kamera bergantung kepada negara tertentu. (kredit gambar: phonearena)

Spesifikasi:

  • LG UX (berasaskan Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB + 128GB (miroSD sehingga 2TB)
  • 6.1 inci FullVision OLED QHD+ (3120 x 1440 piksel)
  • HDR10, Gorilla Glass 5 (panel depan), Gorilla Glass 6 (panel belakang)
  • Kamera utama: 12MP (f/1.5, OIS) + 16MP Wide Lens (f/1.9)
  • Kamera depan: 8MP (f/1.7, 1.22μm, auto focus) / IR Receiver + IR VCSEL
  • 3,500 mAh (Qualcomm Quick Charga 3.0)
  • Pengecasan pantas tanpa wayar
  • USB Type-C, bicu audio 3.5mm
  • HiFi Quad DAC, DTS:X 3D Boombox + Crystal Sound OLED Stereo
  • 151.9 x 71.8 x 8.4mm
  • 167g
  • IP68 + MIL-STD 810G

LG V50 ThinQ 5G

Secara keseluruhannya, spesifikasi yang disokong oleh LG V50 ThinQ 5G adalah sama seperti model LG G8 ThinQ. Namun begitu ia tampil sebagai telefon pintar pertama keluaran LG yang menyokong rangkaian 5G melalui kehadiran cip Qualcomm X50 Modem. Bahkan ia juga memiliki sokongan paparan skrin FullVision OLED QHD+ yang lebih besar iaitu berukuran 6.4 inci.

Aksesori khas dengan sokongan panel skrin kedua boleh digunakan secara berasingan daripada panel utama.

Selain itu, LG V50 ThinQ 5G juga menyokong konfigurasi kamera depan dengan dwi lensa beresolusi 8MP + 5MP yang berupaya membantu pengguna untuk mendapatkan hasil gambar dengan sudut yang lebih luas. Kapasiti bateri yang dimilikinya juga adalah lebih besar iaitu sebesar 4,000 mAh.

Sambungan panel skrin kedua pada LG V50 ThinQ 5G membolehkan anda menggunakannya untuk pelbagai perkara, termasuklah sebagai alat kawalan permainan.

Lebih menariknya, LG turut memperkenalkan aksesori khas untuk LG V50 ThinQ 5G iaitu panel skrin kedua berukuran 6.2 inci yang boleh disambungkan terus peranti ini. Panel skrin kedua ini bukan sahaja boleh digunakan secara berasingan daripada paparan utama, tetapi ia juga boleh berfungsi sebagai pelindung skrin apabila ditutup.

Spesifikasi:

  • LG UX (berasaskan Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855 + Qualcomm X50 Modem
  • 6GB + 128GB (miroSD sehingga 2TB)
  • 6.4 inci FullVision OLED QHD+ (3120 x 1440 piksel)
  • HDR10, Gorilla Glass 5 (panel depan), Gorilla Glass 6 (panel belakang)
  • Kamera utama: 12MP (f/1.5, OIS) + 16MP Wide Lens (f/1.9) + 12MP Telephoto (f/2.4, 2x zum optikal)
  • Kamera depan: 8MP (f/1.7, auto focus) + 5MP Wide Lens (f/2.2)
  • 4,000 mAh (Qualcomm Quick Charga 3.0)
  • Pengecasan pantas tanpa wayar
  • USB Type-C, bicu audio 3.5mm
  • HiFi Quad DAC, DTS:X 3D Boombox
  • 159.2 x 76.1 x 8.3mm
  • 183g
  • IP68 + MIL-STD 810G

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak LG masih lagi belum mendedahkan harga jualan ataupun tarikh jualan kedua-dua peranti mercunya ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend