LG G7 Mungkin Diperkenalkan Dalam Dua Pilihan Skrin – OLED Dan LCD Comments Off on LG G7 Mungkin Diperkenalkan Dalam Dua Pilihan Skrin – OLED Dan LCD

Sebelum ini LG dikatakan akan hanya memperkenalkan LG G7 dengan paparan skrin LCD bagi mengurangkan kos pembuatan model flagship tersebut. Nampaknya khabar angin terbaru yang dikongsikan oleh PocketNow sebaliknya mendedahkan ada kemungkinan untuk LG G7 diperkenalkan dalam dua pilihan skrin berbeza.

Walaupun LG V30 menerima maklum balas yang positif, model ini dilihat masih belum mampu memberikan keuntungan besar buat LG. Jadi dengan penyediaan dua jenis paparan skrin pada LG G7 dirasakan mampu menaikkan kuantiti jualan model flagship ini apabila ia mula dijual nanti.

LG dikatakan akan membekalkan panel OLED yang akan digunakan pada iPhone X Plus nanti.

Sokongan paparan skrin jenis LCD pada LG G7 sudah tentunya mampu memberikan pilihan kepada pengguna yang mementingkan aspek harga jualan yang lebih rendah. Manakala LG G7 dengan paparan skrin jenis OLED pula boleh dijual dalam kuantiti terhad untuk disasarkan pada pengguna yang mahukan sesuatu yang lebih istimewa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend