LG G7 Dilaporkan Hadir Dengan Butang Dedikasi AI Serta Sokong Aperture F/1.5 – Dilancarkan Hujung April 2018 Comments Off on LG G7 Dilaporkan Hadir Dengan Butang Dedikasi AI Serta Sokong Aperture F/1.5 – Dilancarkan Hujung April 2018

Berdasarkan kepada laporan yang dikongsikan oleh ETNews dari Korea Selatan, LG dikatakan akan melancarkan model flagship LG G7 pada penghujung bulan April ini dan akan tersedia untuk pasaran Korea bemula pertengahan Mei nanti.

Menurut mereka lagi, LG G7 yang ditawarkan dalam dua varian paparan skrin berbeza ini akan disediakan dengan butang dedikasi AI pada bahagian sisi kerangkanya iaitu terletak di bawah butang melaras suara. Penyediaan butang AI yang mirip seperti butang Bixby pada peranti keluaran Samsung ini bakal digunakan untuk mengaktifkan keupayaan AI seperti Google Assistant, dan juga LG Q Lens dan Q Voice.

LG G7 akan menyokong butang dedikasi AI yang terletak di bawah butang melaras suara.

ETNews turut mendedahkan bahawa LG G7 ini juga akan turut menyokong kamera utama dengan sokongan aperture f/1.5 sama seperti yang ditawarkan pada siri Galaxy S9. Aperture luas yang disokong oleh LG G7 ini membolehkan lebih banyak cahaya pada sensor, sekaligus menjanjikan keupayaan penggambaran dalam persekitaran gelap yang lebih baik.

Panel paparan yang dipercayai milik LG G7 mula tertiris di Internet.

LG G7 juga dipercayai menyokong paparan skrin MLCD+ yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga bateri sehingga 35% berbanding LCD biasa. Selain itu ia akan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 845, RAM 6GB, dan juga pilihan storan 64GB ataupun 128GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend