LG G6 Akan Mula Terima Android Oreo Dengan Keupayaan AI Bermula 30 April Ini – LG G5 Dan V20 Akan Menyusul Comments Off on LG G6 Akan Mula Terima Android Oreo Dengan Keupayaan AI Bermula 30 April Ini – LG G5 Dan V20 Akan Menyusul

LG G6 merupakan model flagship yang telah diperkenalkan pada awal tahun lepas dan ia telah dioperasikan dengan antaramuka LG UX 6.0 UI berasaskan Android 7.0 Nougat. Lebih kurang setahun sejak ia dilancarkan, akhirnya ada khabar gembira untuk pemilik peranti ini apabila LG telah mengumumkan bahawa model ini akan menerima kemas kini rasmi Android Oreo bermula 30 April 2018.

LG V30 merupakan peranti LG yang pertama terima kemas kini Android Oreo.

Penawaran kemas kini untuk LG G6 merupakan sebahagian daripada inisiatif yang dibuat selepas penubuhan ‘Pusat Kemas Kini Perisian’ pada awal tahun ini. Pemilik LG G6 boleh menerima kemas kini terbaru itu dalam dua cara iaitu terus melalui notifikasi peranti mereka, ataupun melalui sokongan perisian LG Bridge pada PC.

Melalui kemas kini Android Oreo ini, pengguna akan menerima pelbagai ciri-ciri tambahan seperti prestasi serta ketahanan bateri yang lebih baik, fungsi Picture-in-Picture (PIP), sokongan LDAC bagi memastikan audio beresolusi tinggi, dan paling menarik adalah fungsi baru Sympathetic AI yang sebelum ini diperkenalkan pada LG V30S ThinQ.

LG turut menjanjikan kemas kini Android Oreo untuk model G5 dan V20 pada masa akan datang.

LG G6 merupakan peranti kedua keluaran LG yang menerima kemas kini Android Oreo, iaitu selepas model LG V30  menerimanya pada penghujung tahun 2017 yang lalu. Berdasarkan kenyataan rasmi LG, dua lagi model keluarannya untuk tahun 2016 iaitu LG G5 dan LG V20 akan turut menerima kemas kini Android Oreo pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend