LG Electronics Terima Pengiktirafan Dari CTA Untuk Anugerah Inovasi CES 2020 Comments Off on LG Electronics Terima Pengiktirafan Dari CTA Untuk Anugerah Inovasi CES 2020 131

Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) melalui Program Pengiktirafan Industri baru-baru ini telah mengiktiraf LG Electronics (LG) atas kejayaan dalam inovasi teknologi dan reka bentuk menerusi Anugerah Inovasi CES 2020 yang diterimanya.

LG OLED TV yang diangkat sebagai “Inovasi Terbaik” juga turut menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam merangkul anugerah untuk alat elektronik selama lapan tahun berturut-turut.

Teknologi yang diiktiraf untuk LG OLED TV adalah dalam kategori paparan video yang mana tahun ini adalah yang paling berharga untuk lima tahun ini. LG turut mendakwa TV OLED mereka adalah TV yang paling laris dijual di seluruh dunia.

Di Malaysia, LG OLED TV yang terbaru dikuasakan teknologi AI. Hampir seluruh aspek pada TV menggunakan teknologi pintar seperti AI Picture, AI Sound, dan juga AI Smart. Sebagai contoh, LG Signature W Design untuk saiz 77-inci dijual pada harga RM59,999 seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend