LG Electronics Perkenal TV OLED Pertama Yang Tampil Dengan Sokongan NVIDIA G-SYNC Untuk Pengalaman Permainan Terbaik Comments Off on LG Electronics Perkenal TV OLED Pertama Yang Tampil Dengan Sokongan NVIDIA G-SYNC Untuk Pengalaman Permainan Terbaik 143

Kini LG Electronics telah merevolusikan TV OLED keluarannya apabila muncul sebagai pengeluar pertama menampilkan sokongan NVIDIA G-SYNC pada TV OLED keluaran 2019 (model 65/55E9, model 77/65/55C9). Ini secara tidak langsung membolehkan para gamers menyambungkan PC mereka ke TV OLED LG ini untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih optimum.

Keupayaan sokongan NVIDIA G-SYNC pada panel OLED berukuran antara 55 inci hingga 77 inci ini bukan sahaja menjanjikan paparan yang lebih berkualiti, tetapi ia turut memastikan masa respons yang sangat pantas dan juga input lag yang lebih rendah. Melalui kemas kini baharu ini, ia mampu menawarkan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz dengan input lag sekitar 6ms untuk paparan 1440p, manakala untuk paparan 4K pula ia menyokong kadar segar semula skrin setakat 60Hz dengan input lag sekitar 13ms.

Bagi memastikan kualiti paparan lebih baik, ia turut tersedia dengan sokongan paparan HDR10 dan juga Dolby Vision yang mampu menyokong sehingga 120fps untuk kandungan FHD. Malah ia turut dilengkapi dengan sambungan HDMI 2.1, dan juga telah diintegrasikan dengan bunyi AI untuk menghasilkan efek bunyi keliling 5.1.

LG TV OLED 2019 ini dengan HDMI Variable Refresh Rate yang telah dikemaskinikan dengan sokongan NVIDIA G-SYNC ini juga didakwa mampu menyokong sambungan GPU sehingga siri GeForce RTX 20xx. Ini bermakna ia bukan sahaja boleh digunakan sebagai TV OLED konvensional, tetapi turut boleh digunakan untuk aktiviti permainan dengan grafik tinggi.

Kemas kini NVIDIA G-SYNC akan disokong oleh semua LG TV OLED 2019 dan ia akan mula tersedia untuk dimuat turun dalam masa terdekat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend