LG Electronics Malaysia Lancar Kedai Konsep Dobi Komersial Untuk Usahawan dan Komuniti di Kota Kinabalu Comments Off on LG Electronics Malaysia Lancar Kedai Konsep Dobi Komersial Untuk Usahawan dan Komuniti di Kota Kinabalu

Baru-baru ini LG Electronics Malaysia melalui kerjasama dengan Cleanpro Laundry Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan kedai konsep dobi komersial yang kedua di Kota Kinabalu, Sabah. Kedai konsep yang pertama sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada tahun lepas.

Melalui majlis pelancaran ini, pelbagai peralatan rumah telah dipamerkan termasuklah mesin pencuci serta mesin pengering komersial LG, dan kedai konsep dobi komersial ini telah dibuka untuk para usahawan atau pelabur yang berminat untuk menerokai perniagaan dobi.

Pengenalan kedai konsep ini telah dibangunkan untuk memberikan idea dan pandangan kepada pelanggan terhadap Sistem Dobi Komersial LG. Selain dilengkapi dengan peralatan mesin basuh dan pengering LG, ia turut mendapat sokongan daripada Cleanpro yang memiliki pengalaman selama 11 tahun dalam sektor perniagaan dobi.

Kedai konsep dobi komersial LG ini menawarkan kemudahan cucian yang cepat dan dibuka selama 24 jam, dan turut menjanjikan keselamatan kepada pelanggan kerana dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV). Bersempena dengan pelancaran, Cleanpro turut menjanjikan tawaran kepada komuniti Kota Kinabalu sehingga 25 Mac ini, yang mana mereka boleh menikmati cas hanya RM1 untuk cucian dan RM1 untuk proses pengeringan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend