LG Electronics dan Qualcomm Bekerjasama Membangunkan Sistem Infotainment, WebOS Auto Comments Off on LG Electronics dan Qualcomm Bekerjasama Membangunkan Sistem Infotainment, WebOS Auto 139

LG Electronics (LG) dan Qualcomm Technologies, anak syarikat kepada Qualcomm Incorporated, hari ini telah mengumumkan pelan kerjasama untuk membangunkan sistem infotainment dalam kereta, webOS Auto.

Melalui gabungan webOS Auto dan platfom pembangunan Qualcomm Snapdragon (ADP), kedua-dua syarikat berhasrat untuk mewujudkan dan memajukan pengalaman dalam kereta yang lebih mudah kepada pemandu dan juga penumpang.

LG webOS Auto adalah platfom yang dikuasakan Linux yang diperolehi daripada kepakaran LG dalam bidang infotaiment kenderaan untuk kereta generasi akan datang. Ia juga sebahagian daripada sumber terbuka webOS edisi 2.0 yang telah diumumkan sebelum ini yang mana membolehkan pembangun mengisi sistem operasi ini dengan ciri-ciri inovatif.

Snadragon ADP hadir dengan teknologi infotainment terkemuka dalam industri melalui keupayaan kecerdasan buatan (AI), konfigurasi berdefinasi tinggi untuk semua paparan dalam kereta, dan penstriman media ultra HD. Snapdragon ADP direka untuk menghasilkan perkakasan komprehensif dan persekitaran perisian untuk perkembangan pesat dalam kokpit automotif dengan lebih cekap dan berkuasa, termasuklah hiburan penumpang untuk tempat duduk belakang.

LG dan Qualcomm akan mengadakan persidangan dalam CES 2020 pada bulan Januari tahun hadapan dan webOS dijangka akan dikomersialkan kepada pengguna tidak lama selepas itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend