LG Display Dilaporkan Akan Mula Menghasilkan Skrin Boleh Lipat Bermula Tahun 2019 0 373

Jika tahun 2018 ini telah menyaksikan trend pengeluar memperkenalkan peranti dengan sokongan skrin penuh, nampaknya trend 2019 nanti mungkin akan hadir pula peranti dengan sokongan skrin boleh lipat. Ini kerana selain Samsung, Xiaomi dan OPPO juga telah dilaporkan akan turut menawarkan peranti dengan skrin boleh lipat.

Baru-baru ini LG Display juga turut dilaporkan akan mula menghasilkan peranti dengan sokongan skrin boleh lipat bermula tahun depan. Melalui pendedahan yang dibuat oleh ETNews, LG Display kini sedang berkolaborasi dengan pengeluar OEM global untuk merealisasikan panel OLED fleksibel yang boleh dilipat.

LG Display sebelum ini pernah hadir dengan panel AMOLED fleksibel, tetapi ia tidak boleh dilipat.

Sungguhpun begitu, laporan itu tidak pula mendedahkan syarikat apa yang terlibat bagi membangunkan teknologi baharu yang dikenali sebagai Atomic Layer Deposition (ALD) bagi menggantikan lapisan nipis Chemical Vapor Deposition (CVD). Teknologi ini dikatakan mampu melindungi organik daripada terdedah daripada oksigen dan kelembapan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend