LG Dilaporkan Akan Menggunakan Paparan LCD Pada LG G7 Untuk Mengurangkan Kos Comments Off on LG Dilaporkan Akan Menggunakan Paparan LCD Pada LG G7 Untuk Mengurangkan Kos

Kalau dan model flagship, dah tentunya pengeluar akan menggunakan perkakasan dan juga spesifikasi yang terbaik. Tetapi lain pula ceritanya dengan LG, apabila terdapat laporan daripada penganalisa yang mengatakan model flagship LG G7 tidak akan menggunakan paparan OLED bagi mengurangkan kos pembuatannya.

 

 

 

 

 

 

Menurut laman TheInvestor dari Korea Selatan, LG dikatakan akan menggunakan paparan LCD yang telah dipertingkatkan iaitu dikenali sebagai MLCD+. Paparan ini dipercayai mampu menawarkan tahap keterangan yang lebih baik berbanding paparan LCD biasa dan dalam masa yang sama 35% lebih efisien tenaga.

Peranti flagship LG G6 sebelum ini juga turut hadir dengan paparan jenis LCD.

Penggunaan paparan LCD pada LG G7 telah diambil berikutan kos pembuatannya adalah tinggi, bahkan agak sukar untuk LG mendapatkan pembeli yang berminat dengan paparan OLED untuk skala yang besar sekiranya mereka menghasilkan paparan tersebut. Tambahan pula LG telah mengalami kerugian selama 11 suku berturutan baru-baru ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend