LG Dijangka Menghantar 400,000 Panel OLED Kepada Apple Bulan Hadapan 0 198

Laporan terbaru menunjukkan LG Display telah mulakan pengeluaran besar-besaran panel OLED untuk Apple yang mana akan digunakan pada barisan iPhone. Sebanyak 400,000 unit dijangka bakal tiba di pintu kilang pemasangan di China pada bulan hadapan.

Menurut laporan tersebut, LG Display telah membeli sejumlah bahan material dan komponen pada bulan lalu dan telah memulakan pembuatan panel bulan ini seterusnya dijangka dihantar kepada Apple pada bulan Disember. LG juga telah menerima bahan material yang diperlukan di kilang E-6 mereka yang terletak di Paju, Korea Selatan.

Buat masa ini perjanjian antara LG Display dan Apple tidak didedahkan tetapi pakar industri mendakwa harga untuk setiap satu panel OLED ialah sekitar SKW100,000 (~RM373) menjadikan nilai keseluruhannya mencecah hampir 40 bilion Won atau kira-kira RM149.2 juta.

LG sebelum ini membekalkan panel OLED untuk Apple Watch, sementara panel untuk iPhone diserahkan kepada Samsung. Bagaimanapun, Julai lalu Apple dilaporkan telah melantik LG untuk membekal hampir keseluruhan produknya daripada jam pintar hingga ke barisan iPhone 2018. Sehingga kini, LG masih belum boleh memenuhi permintaan Apple.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend