LG Didakwa Akan Menggunakan Paparan OLED Untuk Siri V Yang Akan Diperkenalkan Pada Ogos 2018 Nanti Comments Off on LG Didakwa Akan Menggunakan Paparan OLED Untuk Siri V Yang Akan Diperkenalkan Pada Ogos 2018 Nanti

Rata-rata daripada pengeluar akan menggunakan paparan berasaskan OLED untuk peranti flagship keluarannya kerana ia mampu memberikan pengalaman yang lebih premium berbanding paparan LCD. Namun begitu, LG dilihat menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza apabila memperkenalkan model flaghips LG G7 ThinQ yang hadir dengan sokongan paparan LCD.

LCD LG G7 ThinQ menyokong paparan skrin LCD dengan mod Super Bright Display yang mampu mencapai keterangan maksimum 1000 nits selama 3 saat.

Melalui perbualan antara Android Headlines dengan jurucakap LG, penggunaan paparan LCD pada LG G7 ThinQ bukan disebabkan oleh isu kos kerana mod Super Bright Display dengan sokongan tahap keterangan maksimum mencecah sehingga 1000 nits pada model tersebut boleh dikatakan agak mahal.

LG V30 menggunakan paparan skrin jenis P-OLED.

Menurut LG, mereka merancang untuk menggunakan paparan OLED pada model yang lebih inovatif iaitu siri V yang mungkin akan diperkenalkan pada Ogos tahun ini. Malah model LG V30 yang diperkenalkan pada Ogos tahun lepas turut hadir dengan sokongan paparan skrin jenis OLED.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend