LG Dan ZTE Tidak Akan Sertai MWC 2020 Comments Off on LG Dan ZTE Tidak Akan Sertai MWC 2020

MWC 2020 akan berlangsung pada penghujung bulan ini di Barcelona dan seperti biasa pengeluar telefon pintar secara amnya akan berhimpun di persidangan ini untuk mempamerkan produk-produk terbaru mereka.

Dalam laporan terbaru, ZTE dan LG dikatakan telah menarik diri daripada menyertai acara ini atas sebab keselamatan yang mana kedua-dua mengaitkan isu koronavirus yang sedang melanda.

Jurucakap ZTE mengesahkan pihaknya telah membatalkan hasrat untuk ke MWC disebabkan kelewatan permohonan visa perjalanan. Manakala pihak LG pula tidak mahu mengambil risiko terhadap kakitangan yang akan berangkat ke sana.

Dalam waktu sama, GSMA selaku penganjur acara ini telah memaklumkan bahawa pihaknya sedia mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang acara berlangsung dengan memperbanyakkan rutin kebersihan seperti menyahkuman kawasan yang kerap disentuh manusia, menyediakan kiosk antiseptik, menawarkan sokongan bantuan perubatan, serta lain-lain lagi.

Memandangkan banyak peserta MWC datang dari negara Tembok Besar, kita mungkin akan melihat ketidakhadiran syarikat-syarikat China ini di acara terbesar produk mudah alih pada kali ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend