LG Dan Infineon Perkenal LG G8 ThinQ Dengan Kamera Depan ToF 0 181

LG Electronics dan pengeluar semikonduktor terkemuka dunia, Infineon Technologies AG telah bekerjasama untuk memperkenalkan kamera depan berteknologi Time-of-Flight (ToF) kepada umum hari ini.

Infineon REAL3 merupakan cip sensor imej kamera depan ToF untuk peranti LG G8 ThinQ yang bakal diperkenalkan di acara MWC 2019 tidak lama lagi. Melalui teknologi kamera depan ini, ia dapat berfungsi dengan memproses titik 3D awan menggunakan algoritma untuk mengumpul data dari ruang semasa imbasan 3D dilakukan.

Tidak seperti teknologi 3D yang lain, cip imej ToF pada LG G8 ThinQ ini dapat menyampaikan pengukuran yang lebih tepat dalam menangkap cahaya inframerah ke dalam sensor. ToF juga bertindak lebih cepat dan berkesan dalam menangkap cahaya ambien, mengurangkan beban kerja, malah ia juga dapat mengurangkan penggunaan kuasa.

Oleh kerana ia bertindak laju dalam memberikan respon, teknologi ToF turut digunakan untuk pengimbasan biometrik seperti pengecaman wajah untuk nyakunci peranti. Selain ia juga menjanjikan sistem keselamatan yang kukuh dan sangat sesuai dalam memainkan aplikasi realiti tembahan (AR) dan aplikasi realiti maya (VR).

LG G8 ThinkQ merupakan telefon pintar mercu yang dikhabarkan akan hadir dengan speaker dalam skrin. Peranti premium ini juga dijangka dilengkapi cip pemproses terbaharu, memori besar, dan storan yang lebih luas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend