LG CineBeam Laser 4K Generasi Kedua Boleh Pancar Imej 90″ Pada Jarak 2″ Dari Dinding Comments Off on LG CineBeam Laser 4K Generasi Kedua Boleh Pancar Imej 90″ Pada Jarak 2″ Dari Dinding 369

LG Electronics sedia melancarkan projektor laser 4K CineBeam generasi kedua di acara CES 2019 minggu hadapan. Model HU85L ini dibina dengan fungsi Ultra Short Throw (UST) untuk memudahkan pengguna memancarkan imej pada jarak yang dekat.

Projektor yang mampu menghasilkan paparan 4K ini dibina kompak untuk disesuaikan di ruang tamu di dalam rumah. Pengguna boleh memancarkan visual beresolusi tinggi sama ada di dinding ataupun di siling pada jarak 2-inci untuk paparan sebesar 90-inci. Jika pengguna ingin mendapatkan paparan sebesar 120-inci pula, jarak yang diperlukan hanyalah 7-inci dari dinding.

Melalui teknologi 2500 ANSI lumens dan sokongan resolusi 4K UHD, projektor ini boleh digunakan dalam persekitaran yang terang. Selain itu, tahap kualiti imej dengan ketepatan warna yang tinggi turut dikekalkan. Bagi memudahkan pengguna menyambungkan kandungan, terdapat beberapa port seperti USB, Ethernet, dan HDMI disediakan di bahagian belakang projektor.

LG CineBeam Laser 4K (HU85L) akan dilancarkan secara rasmi di CES 2019 dan kita akan mendengar maklumat lanjut mengenai produk serta harga di acara tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend