Lexar Mula Menawarkan Kad Memori SD Berkapasiti 1TB, Sesuai Untuk Rakaman Video 4K 0 187

Di dalam pameran CES 2019 yang sedang berlangsung di Las Vegas, pengeluar produk media digital yang berpangkalan dari California iaitu Lexar telah melancarkan kad memori SD berkapasiti 1TB yang pertama di dunia, sekaligus mengatasi SanDisk yang sebelum ini hanya tampil dengan unit prototaip pada September 2016 yang lalu.

Kad memori keluaran Lexar ini diklasifikasikan dalam Class 10 UHS-I (V30, U3) yang mana sangat sesuai untuk pengambilan gambar profesional dan juga rakaman video berkualiti HD Penuh mahupun 4K. Ini kerana ia mampu menyokong kelajuan merekod data sehingga 70Mb/s, dan juga kelajuan mengakses data sehingga 95Mb/s.

Kad memori SD 1TB keluaran Lexar ini sudahpun boleh dibeli secara rasmi pada harga yang terlalu tinggi iaitu mencecah USD499 iaitu bersamaan kira-kira RM2,045.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend