Lenovo Z6 Youth Edition Kini Rasmi Dengan Snapdragon 710, 6GB RAM, Tiga Kamera dan Bateri 4050 mAh Comments Off on Lenovo Z6 Youth Edition Kini Rasmi Dengan Snapdragon 710, 6GB RAM, Tiga Kamera dan Bateri 4050 mAh

Hari ini Lenovo telah melancarkan sebuah telefon pintar yang disasarkan untuk segmen kelas pertengahan di China dengan kemunculan model Lenovo Z6 Youth Edition.

Lenovo Z6 Youth Edition dikuasakan dengan cipset kelas pertengahan daripada Qualcomm Snapdragon 710, dioperasikan oleh antaramuka ZUI 11 berasaskan Android 9.0 Pie, RAM sehingga 6GB, ruang storan sehingga 128GB, dan juga bateri berkapasiti 4050 mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 15W menggunakan port USB Type-C.

Ia juga tersedia dengan paparan skrin bernisbah 19.5:9 sebesar 6.3 inci IPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan sokongan paparan HDR10. Lenovo Z6 Youth Edition memiliki rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera depan beresolusi 16MP (f/2.0) , manakala kamera utamanya pula menampilkan konfigurasi tiga lensa beresolusi 16MP (f/1.8), 8MP (f/2.4, Ultra Wide Angle) + 5MP (f/2.2, Depth sensor).

Lenovo Z6 Youth Edition turut dilengkapi dengan Dual-frequency bagi memastikan sambungan GPS yang lebih cepat dan tepat, pengimbas cap jari di belakang, speaker Dolby Panoramic Sound dengan sistem talaan 4D, slot kad microSD, Bluetooth 5.0, WiFi 5GHz, dan juga ciri pengecaman wajah AI.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Symphony Stardust, Lenovo Z6 Youth Edition akan dijual bermula 28 Mei di China.

  • 4GB + 64GB – CNY1,099 (kira-kira RM666)
  • 6GB + 64GB – CNY1,399 (kira-kira RM848)
  • 6GB + 128GB – CNY1,699 (kira-kira RM1,029)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend