Lenovo Z6 Pro Dengan Snapdragon 855, Rangkaian 5G dan Empat Kamera Akan Dilancarkan Pada 23 April Comments Off on Lenovo Z6 Pro Dengan Snapdragon 855, Rangkaian 5G dan Empat Kamera Akan Dilancarkan Pada 23 April

Kehadiran Lenovo Z6 Pro sebelum ini telah mengejutkan banyak pihak apabila ia dikatakan mampu mengambil gambar dengan resolusi mencecah 100MP. Bahkan Lenovo sendiri turut mengesahkan akan melancarkannya secara rasmi di China pada minggu depan iaitu 23 April 2019.

Tinggal kurang seminggu sebelum Lenovo Z6 Pro diperkenalkan secara rasmi, pelbagai maklumat berhubung peranti itu telah berjaya didedahkan. Apa yang diketahui setakat ini, Lenovo Z6 Pro akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, menyokong rangkaian 5G dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh.

Keupayaan penggambaran Lenovo Z6 Pro merupakan salah satu keistimewaan yang cuba diketengahkan pada model ini adalah sokongan empat kamera beresolusi 48MP dengan teknologi rakaman ‘Hyper Video’. Ia juga turut menampilkan pelbagai mod penggambaran berbeza seperti Super Night, Super Wide Angle 125°, Super Macro dengan jarak 2.39cm, dan juga penstabilan imej optikal (OIS) eight-axis serta anti gegaran gyroscope six-axis.

Baca juga:

Naib Presiden Lenovo Mengacah Peranti Dengan Kamera 100MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend