Lenovo Z5s Habis Terjual Dalam Tempoh 60 Saat Di China Comments Off on Lenovo Z5s Habis Terjual Dalam Tempoh 60 Saat Di China

Bagi yang mengikuti perkembangan teknologi, Lenovo Z5s telah dilancarkan pada minggu lalu. Ia merupakan peranti pertama Lenovo dengan sistem tri-kamera. Seperti yang dijadualkan, hari ini ialah hari pertama penjualannya di China dan menurut laporan terbaru peranti ini telah habis terjual dalam tempoh 60 saat.

Antara faktor yang menyebabkan peranti ini laku seperti pisang goreng panas ialah kehadiran paparan skrin 6.3-inci dengan takuk titisan air. Selain itu, ia juga dipadankan dengan panel belakang kaca yang dilindungi Corning Gorilla Glass. Tiga lensa kamera yang dimaksudkan pula ialah konfigurasi 16MP + 8MP + 5MP yang mana menyokong zum optikal sehingga 2-kali.

Peranti Lenovo Z5s ini juga dilengkapi cip pemproses terbaru Snapdragon 710 disamping sistem operasi terkini, Android 9.0 Pie. Ia didatangkan dengan dua versi iaitu 4GB dan 6GB RAM bersama pilihan warna cerun yang menarik.

Baca juga:

Lenovo Z5s Dilancarkan – Snapdragon 710, Tri-Kamera, Skrin Berkonsep Waterdrop

Lenovo Z5 Pro GT Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar Pertama Dengan 12GB RAM Dan Snapdragon 855

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend