Lenovo Z5s Dilancarkan – Snapdragon 710, Tri-Kamera, Skrin Berkonsep Waterdrop Comments Off on Lenovo Z5s Dilancarkan – Snapdragon 710, Tri-Kamera, Skrin Berkonsep Waterdrop

Lenovo Z5s dilancarkan secara rasmi hari ini menawarkan peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan. Sekilas pandang nampak seperti Huawei P20 Pro tetapi peranti ini memiliki banyak perbezaan seperti skrin, kerangka, warna, dan butang fizikal.

Lenovo Z5s dilengkapi paparan bersaiz 6.3-inci beresolusi FHD+ dengan rekaan takuk ‘titisan air’. Kerangka badan peranti ini menggunakan bahan aluminium 6000-series serta panel Corning Gorilla Glass. Disamping itu, pengimbas cap jari telah ditempatkan di panel belakang sekaligus berbeza dengan P20 Pro.

Dikuasakan cip pemproses Snapdragon 710, ia turut digandingkan bersama memori 4GB atau 6GB RAM. Storan dalaman pula menyediakan saiz sebesar 64GB dan 128GB pula untuk variasi yang tertinggi. Tambahan, terdapat ruang storan tambahan microSD di bahagian kerangka.

Untuk menguasakan peranti, ia dimuatkan bateri sebesar 3300mAh yang menyokong pengecasan pantas (15W) melalui sambungan USB Type-C. Ia dijana sistem antaramuka ZUI 10 berasaskan Android Pie terbaru.

Beralih ke bahagian kamera, ia didatangkan dengan tiga lensa belakang menerusi sensor 16MP f/1.8 + 8MP f/2.4 dan 5MP f/2.4, masing-masing diletakkan sebaris menjunam arah ke bawah. Bantuan penggambaran dalam gelap turut dibantu dengan kehadiran LED flash selain fungsi 2x zum optikal, PDAF, dan rakaman video 4K.

Selain hadir dengan kamera swafoto 16MP f/2.0, ia juga boleh digunakan untuk nyahkunci peranti menerusi imbasan wajah. Melengkapkan Lenovo Z5s, ia menyokong fungsi dwi SIM, 4G VoLTE, Bluetooth 5.0, speaker stereo, dwi-amplifier, dan bicu audio 3.5mm. Warna yang ditawarkan pula adalah Starry Night Black, Love Orange, dan Titanium Blue dengan dua yang terakhir dikemaskan dengan warna cerun.

Lenovo Z5s dijual di China buat masa ini dengan tanda harga:

  • 4GB + 64GB untuk CNY1398 (~RM848)
  • 6GB + 64GB untuk CNY1598 (~RM130)
  • 6GB + 128GB untuk CNY1898 (~RM1151)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend