Lenovo Z5 Pro GT Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar Pertama Dengan 12GB RAM Dan Snapdragon 855 Comments Off on Lenovo Z5 Pro GT Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar Pertama Dengan 12GB RAM Dan Snapdragon 855

Selain memperkenalkan Lenovo Z5s yang disasarkan untuk segmen kelas pertengahan, Lenovo turut hadir dengan satu lagi peranti mercunya yang mampu mencuri perhatian banyak pihak dengan pelancaran Lenovo Z5 Pro GT.

Lenovo Z5 Pro GT menjanjikan sokongan spesifikasi yang jauh lebih hebat dan mampu mengatasi prestasi yang ditawarkan oleh peranti mercu lain di pasaran. Ia telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dan juga 12GB RAM, sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pertama di dunia hadir dengan konfigurasi tersebut.

Prestasi Snapdragon 855 sememangnya sangat berkuasa dan ini jelas dapat dibuktikan skor AnTuTu yang mengatasi ketiga-tiga model baharu iPhone dan juga siri Huawei Mate 20, dengan mencatatkan skor sebanyak 368,480. Ini turut dibantu dengan sokongan memori mencecah 12GB RAM dan juga ruang storan mencecah 512GB.

Lenovo Z5 Pro GT turut menyokong paparan skrin penuh berukuran 6.39 inci AMOLED FHD+, dioperasikan dengan antaramuka ZUI 10 (berasaskan Android 9.0 Pie), bateri 3350 mAh dengan pengecasan pantas, dan juga dwi kamera 24MP (Sony IMX576) + 16MP (Sony IMX519).

Dwi kamera swafoto beresolusi 16MP + 8MP pula tersembunyi di sebalik kerangka jenis gelongsor sama seperti Lenovo Z5 Pro yang dilancarkan pada November lalu. Pra-tempah model ini boleh dibuat pada 1 Januari 2019 nanti, dan jualan rasminya pula akan bermula pada 24 Januari 2019.

Harga jualan Lenovo Z5 Pro GT (Snapdragon 855 Edition):

  • 6GB + 128GB – CNY2,698 (kira-kira RM1,634)
  • 8GB + 128GB – CNY2,998 (kira-kira RM1,816)
  • 8GB + 256GB – CNY3,998 (kira-kira RM2,422)
  • 12GB + 512GB – CNY4,398 (kira-kira RM2,664)

Spesifikasi Lenovo Z5 Pro GT (Snapdragon 855 Edition):

  • ZUI 10 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB/8GB/12GB RAM + 128GB/256GB/512GB
  • 6.39 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Sokong HDR 10, DCI-P3
  • Nisbah skrin-ke-kerangka 95.06%
  • Kamera utama: 24MP Sony IMX576 (f/1.8) + 16MP Sony IMX519 (f/1.8)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.2) + 8MP (f/2.2)
  • IR untuk pengecaman wajah
  • Pengimbas cap jari pada skrin
  • 3350 mAh (pengecasan pantas 18W)
  • Tiada bicu audio 3.5mm
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, NFC, GPS, USB-C
  • Speaker dengan Dolby Atmos
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend