Lenovo Z5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 710, Skrin Super AMOLED Dan Kerangka Gelongsor Comments Off on Lenovo Z5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 710, Skrin Super AMOLED Dan Kerangka Gelongsor

Pada awal bulan September yang lalu, Naib Presiden Kumpulan Lenovo iaitu Chang Cheng pernah mendedahkan rekaan fizikal Lenovo Z5 Pro yang hadir dengan rekaan kerangka jenis gelongsor. Selepas sekian lama berita ketirisan tentang model ini tersebar di Internet sejak Jun yang lalu, hari ini ia telah dilancarkan secara rasmi di China.

Kemunculan Lenovo Z5 Pro telah berjaya menarik perhatian ramai kerana ia dilaporkan sebagai telefon pintar dengan sokongan nisbah skrin-ke-kerangka paling besar di dunia iaitu mencecah 95.06%. Malah ia juga memiliki saiz bezel yang sangat nipis iaitu hanya 4.98mm pada bahagian bawah skrin, dan 2.07mm pada tiga sisi yang lain.

Rekaan kerangka jenis gelongsor pada Lenovo Z5 Pro juga dilengkapi dengan sokongan enam spring helix berganda dengan dwi-axis selari bagi memastikan respons gelongsor yang terbaik, dan mampu bertahan sehingga 300,000 kali. Manakala bahagian panel belakangnya pula diperbuat daripada kaca melengkung yang turut menempatkan dwi kamera utama.

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 710, ia turut dilengkapi dengan teknologi AI untuk mempertingkatkan prestasi CPU, GPU dan juga pengurusan memori agar dioptimumkan ketika bermain game. Tidak cukup dengan itu, Lenovo juga dikatakan turut memasang cip keselamatan pada Lenovo Z5 Pro untuk melindungi data sensitif.

Lenovo Z5 Pro akan ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu hitam dan dijual pada harga CNY1,998 (kira-kira RM1,202) untuk varian 6GB + 64GB. Manakala varian 6GB + 128GB pula boleh dimiliki pada harga CNY2,298 (kira-kira RM1,383).

Spesifikasi Lenovo Z5 Pro:

  • ZUI 10 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 710
  • 6GB RAM + 64GB/128GB
  • Tiada slot kad memori
  • 6.39 inci Super AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Sokong HDR 10, DCI-P3
  • Nisbah skrin-ke-kerangka 95.06%
  • Kamera utama: 24MP Sony IMX576 (f/1.8) + 16MP Sony IMX519 (f/1.8)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.2) + 8MP (f/2.2)
  • IR untuk pengecaman wajah
  • Pengimbas cap jari pada skrin
  • 3350 mAh (pengecasan pantas 18W)
  • Tiada bicu audio 3.5mm
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, NFC, GPS, USB-C
  • Speaker dengan Dolby Atmos
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend