Lenovo Z5 Dengan Sokongan Storan Sehingga 4TB Disahkan Akan Dilancarkan Pada 5 Jun 2018 Comments Off on Lenovo Z5 Dengan Sokongan Storan Sehingga 4TB Disahkan Akan Dilancarkan Pada 5 Jun 2018

Lenovo Z5 sebelum ini telah berjaya mendapat perhatian banyak pihak apabila ia dilihat menampilkan rekaan skrin penuh tanpa bezel dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 95%. Malah Naib Presiden Lenovo sendiri turut berkongsi di laman Twitter miliknya bahawa model ini menyokong empat teknologi baharu dan juga 18 teknologi yang telah dipatenkan.

Hari ini, Naib Presiden Lenovo iaitu Chang Cheng sekali lagi berkongsi perkembangan terbaru mengenai model terbaru Lenovo Z5 dengan mendedahkan tarikh pelancaran rasmi yang akan diadakan pada 5 Jun 2018 di Beijing, China. Pengesahan tarikh pelancaran ini telah dikongsikan melalui akan Weibo miliknya.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, Lenovo Z5 turut disahkan akan menyokong storan mencecah sehingga 4TB, sekaligus mengenepikan Smartisan R1 yang menawarkan storan sebesar 1TB dan juga Huawei Mate RS dengan 512GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend