Lenovo Umum Prototaip Komputer Riba Dengan Skrin Penuh Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia Comments Off on Lenovo Umum Prototaip Komputer Riba Dengan Skrin Penuh Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia 167

Bersempena dengan acara Lenovo Accelerate 2019 yang berlangsung hari ini di Florida, Amerika Syarikat, Lenovo telah mengumumkan kehadiran komputer riba prototaip terbaharunya daripada siri ThinkPad X1.

Berbeza dengan komputer riba biasa, komputer riba prototaip yang dihasilkan oleh Lenovo ini merupakan yang pertama di dunia hadir dengan rekaan skrin boleh lipat. Diperkenalkan sebagai sebahagian daripada siri ThinkPad X1, bahagian papan kekunci pada komputer riba ini telah digantikan dengan panel skrin penuh yang boleh dilipat.

Ia menampilkan satu panel skrin OLED yang fleksibel dengan resolusi 2K, dan paparan skrin ini telah dihasilkan melalui kerjasama dengan LG Display. Dikuasakan dengan sistem operasi Windows, komputer riba prototaip daripada Lenovo ini dijangka akan mula ditawarkan bermula tahun 2020 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend