Lenovo Umum Ketersediaan Kemas Kini ZUI 4.0 Versi Beta Untuk Model ZUK Terpilih Comments Off on Lenovo Umum Ketersediaan Kemas Kini ZUI 4.0 Versi Beta Untuk Model ZUK Terpilih

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Naib Presiden Kumpulan Lenovo iaitu Chang Cheng telah mengumumkan ketersediaan kemas kini ZUI 4.0 dalam versi beta untuk tiga model telefon pintar ZUK keluarannya. Ketiga-tiga model terpilih itu adalah ZUK Z2, ZUK Z2 Pro dan juga ZUK Edge.

Melalui pengumuman yang dibuat melalui Weibo, Chang Cheng telah mengesahkan bahawa ZUK Z2 dan ZUK Z2 Pro akan mula menerima kemas kini tersebut selewat-lewatnya hujung minggu ini. Manakala kemas kini ZUI 4.0 versi beta untuk model ZUK Edge pula akan diberikan bermula minggu hadapan.

Sebelum ini Chang Cheng pernah mengumumkan bahawa kemas kini ZUI 4.0 itu akan mula disediakan pada Julai yang lalu, tetapi ia telah ditangguhkan dan telah diperkenalkan serentak dengan pelancaran model Lenovo Z5 pada Ogos lepas. Menurutnya kemas kini ZUI 4.0 ini akan ditawarkan pada lebih banyak model termasuklah Lenovo S5, Lenovo K5/K5 Play, siri Moto Z 2018, dan juga Moto Z2 Play.

Antaramuka ZUI 4.0 kini menyokong fungsi U-touch 4.0 dengan sistem kawalan navigasi untuk skrin penuh, pembantu digital AI, dan juga menjanjikan pengalaman gaming terbaik dengan sokongan mod Game Line Network Acceleration.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend