
Komputer riba kelas perniagaan, Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 8 akhirnya dibawa masuk ke pasaran tempatan apabila Lenovo Malaysia secara rasminya membuka pra-tempahan komputer riba tersebut kepada orang ramai bermula hari ini.
ThinkPad X1 Carbon Gen 8 telah dipertingkatkan daripada segi pemproses, memori, storan, dan paparan. Ia kini menawarkan pemproses Intel Core Generasi ke-10 melalui dua pilihan i5 ataupun i7. Baterinya pula menyediakan masa mengguna sehingga 18 jam dan sokongan WiFi 6 pada masa sama memberikan sambungan yang pantas dan kurang kependaman.

ThinkPad X1 Carbon Gen 8 ditawarkan di Malaysia pada harga RM7299 seunit. Bagi pemegang kad Citibank, anda boleh mendapatkan pelan ansuran bulanan RM609 x 12 bulan. Pra-tempahan di kedai rasmi Lenovo juga menawarkan diskaun sehingga 75% untuk aksesori antaranya seperti fon kepala X1 Noise Cancellation Headphones dan perkhidmatan sokongan 3-Year Premier Support.
Dari sekarang hingga 31 Mei 2020, Lenovo turut mengadakan tawaran istimewa bersempena Hari Raya dengan penjimatan sehingga RM3868. Layari www.lenovo.com/my/en/d/deals/harirya-sale untuk lihat produk yang ditawarkan.

Spesifikasi ThinkPad X1 Carbon Gen 8:
Pemproses | Sehingga Intel® Core™ i7 Gen 10 |
Sistem operasi | Windows 10 Pro |
Paparan | – 14″ 4K (3840 x 2160) IPS with Dolby Vision™ HDR400, 500 nits, 10 bit – 14″ FHD (1920 x 1080) IPS PrivacyGuard, 500 nits – 14″ FHD (1920 x 1080) IPS, low power, 400 nits – 14″ WQHD (2560 x 1440) IPS, 300 nits – 14″ FHD (1920 x 1080) IPS Touch, 300 nits |
Memori | Sehingga 16GB LPDDR3 |
Bateri | Sehingga 18 hours* 51Wh, termasuk Rapid Charge *Berdasarkan MobileMark 2014 |
Storan | Sehingga 2TB PCIe SSD |
Grafik | Intel® UHD Graphics 620 |
Sekuriti | – Fast Identity Online (FIDO) – Match-on-chip fingerprint reader – dTPM 2.0 chip – ThinkShutter camera cover – Pilihan: ThinkPad PrivacyGuard – Pilihan: ThinkPad PrivacyAlert* – Kensington lock slot *PrivacyAlert memerlukan kamera IR. |
Audio | – Dolby Atmos® Speaker System – 4 x 360-degree far-field microphones |
Kamera | – HD 720p with ThinkShutter privacy cover – Pilihan: Hybrid Infrared (IR) & HD with ThinkShutter |
Dimensi (W x D x H) | 323mm x 218mm x 14.9mm / 12.71″ x 8.54″ x 0.59″ |
Berat | Bermula dengan 1.09kg / 2.40lb |
Warna | – Black – Black with Carbon-Fiber Weave on top cover* *Tersedia hanya untuk 4k HDR400 display. |
Sambungan | – WiFi 802.11 AX – Bluetooth® 5.0 – Pilihan WWAN: Integrated Global Mobile Broadband 4G LTE-A – Pilihan: NFC |
Port | – 2 x USB-C Thunderbolt™ 3 – 2 x USB 3.1 (Gen 1) – HDMI 1.4 Network extension for Ethernet/side mechanical docking – Headphone / mic combo – MicroSD card reader |
Papan Kekunci | – Spill resistant – Backlit with white LED lighting – New FN row F9-F11 |
Adapter | Sehingga 65W (supports Rapid Charge) |