Lenovo Malaysia Tawar Baucar Permainan Bernilai USD180 Untuk Pembelian Laptop Legion Comments Off on Lenovo Malaysia Tawar Baucar Permainan Bernilai USD180 Untuk Pembelian Laptop Legion

Lanjutan daripada pengenalan barisan produk Lenovo Legion pada bulan Ogos yang lalu, Lenovo Malaysia kini mengadakan tawaran menarik kepada orang ramai untuk mendapatkan kod baucar permainan percuma melebihi USD180 (~RM745).

Bermula dari sekarang hingga 31 Oktober depan, pelanggan yang membuat pembelian untuk mana-mana laptop Legion berasaskan Intel Core i5 atau i7 akan menerima kod baucar yang boleh digunakan untuk memuat turun permainan seperti Counter-Strike (CS: GO), Final Fantasy XV Windows Edition, Hello Neighbour, PlayerUnknown’s Battlegrounds. Malahan, kod baucar itu juga boleh digunakan untuk pembelian barang di dalam permainan World of Tanks disamping boleh menebus satu sesi pembelajaran skill gaming oleh jurulatih e-sukan profesional.

Pembelian boleh dibuat di mana-mana kedai Lenovo Exclusive Store (LES) seluruh Malaysia atau stor dalam talian Lenovo. Selepas pembelian dibuat, para pelanggan boleh menebus kod baucar tersebut menerusi e-borang Lenovo Legion Malaysia dengan melampirkan resit pembelian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend