Lenovo Mahu Ceburi Arena Telefon Pintar Dibawah Jenama Legion Comments Off on Lenovo Mahu Ceburi Arena Telefon Pintar Dibawah Jenama Legion

Perkembangan dunia teknologi hari ini dikemas kini dengan langkah pertama Lenovo ke dalam arena telefon pintar apabila syarikat ini mula mendaftar akaun Legion di Weibo.

Legion yang terkenal dengan produk komputer permainan untuk sekian lama nampaknya telah mula memberi gambaran bahawa mereka akan menceburkan diri dalam siri telefon pintar permainan selepas memuat naik gambar permainan mudah alih Mobile Legend: Bang Bang dengan kapsyen mempersoalkan telefon pintar permainan Legion tidak lama lagi bakal tiba.

Penyertaan Legion dalam penawaran telefon pintar permainan sekaligus akan memberi saingan kepada Razer dan ROG kelak selepas dua jenama ini berjaya memperkenalkan dua generasi telefon pintar mercu sejak tahun 2017.

Jika Legion tampil ke pasaran telefon pintar, kita boleh menjangkakan spesifikasi peranti berada pada tahap tinggi. Jika benar, ia akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 865 dengan sokongan 5G pertama untuk telefon pintar permainan, siapa tahu?

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend