Lenovo Lancar Lima Tablet Mampu Milik Dan Dua Daripadanya Sokong Platform Android Go Comments Off on Lenovo Lancar Lima Tablet Mampu Milik Dan Dua Daripadanya Sokong Platform Android Go

Walaupun permintaan terhadap tablet dilihat tidak begitu aktif berbanding sebelum ini, penawaran produk tersebut tidak terus diabaikan oleh pengeluar dan Lenovo merupakan salah satu daripadanya. Apa yang menariknya, Lenovo bukan memperkenalkan satu model tetapi ia telah memperkenalkan lima model tablet terbaru keluarannya seperti berikut:

Lenovo Tab E7

  • Android Oreo (Android Go Edition)
  • MediaTek MT8167
  • 16GB + RAM 1GB (microSD)
  • 7.0 inci TN LCD, 1200 x 600 piksel
  • Kamera utama: 2MP
  • Kamera hadapan: 0.3MP
  • 2750 mAh

Dengan kerangka yang diperbuat daripada polikarbonat, Lenovo Tab E5 akan dijual secara eksklusif di Walmart bermula Oktober 2018 nanti pada harga USD69.99 (kira-kira RM288).

Lenovo Tab E8

  • Android Nougat
  • MediaTek MT8163B
  • 16GB + RAM 1GB (microSD)
  • 8.0 inci IPS LCD, 1280 x 800 piksel
  • Kamera utama: 5MP
  • Kamera hadapan: 2MP
  • 4850 mAh

Tablet ini sudahpun mula dijual bermula hari ini di Walmart pada harga USD99.99 (kira-kira RM411).

Lenovo Tab E10

  • Android Oreo (Android Go Edition)
  • Qualcomm Snapdragon 210
  • 16GB + RAM 2GB (microSD)
  • 10.1 inci IPS LCD, 1280 x 800 piksel
  • Kamera utama: 5MP
  • Kamera hadapan: 2MP
  • 4850 mAh
  • 2x speaker (Dolby Atmos)

Sama seperti model Tab E7, Lenovo Tab E10 juga akan mula dijual pada bulan Oktober dengan tanda harga USD130 (kira-kira RM534).

Lenovo Tab M10

  • Android Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 450
  • 32GB + RAM 3GB (microSD)
  • 10.1 inci IPS LCD, 1920 x 1200 piksel
  • Kamera utama: 5MP
  • Kamera hadapan: 2MP
  • 4850 mAh
  • 2x speaker (Dolby Atmos)

Lenovo Tab M10 akan dijual secara eksklusif di Amazon tidak lama lagi dan setakat ini harga jualannya masih belum didedahkan.

Lenovo Tab P10

  • Android Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 450
  • 64GB + RAM 4GB (microSD)
  • 10.1 inci IPS LCD, 1920 x 1200 piksel
  • Kamera utama: 8MP
  • Kamera hadapan: 5MP
  • 7000 mAh
  • 4x speaker (Dolby Atmos)

Sama seperti Tab M10, tablet ini juga akan dijual secara eksklusif di Amazon tidak lama lagi dan setakat ini harga jualannya masih belum didedahkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend