Lenovo K350 Dilengkapi Skrin 5.72 Inci HD+ Dengan Sokongan Tiga Kamera Comments Off on Lenovo K350 Dilengkapi Skrin 5.72 Inci HD+ Dengan Sokongan Tiga Kamera

Rasanya ramai di antara pembaca di luar sana yang meletakkan Lenovo sebagai salah satu daripada jenama mampu milik dengan sokongan spesifikasi yang berbaloi dengan harganya.

Nampaknya Lenovo masih memahami permintaan penggunannya apabila bakal muncul dengan model terbaru keluarannya iaitu Lenovo K350. Melalui penemuan di laman rasmi TENAA, Lenovo K350 bakal membawakan rekaan moden dengan sokongan skrin HD+ (1440 x 720 piksel) berukuran 5.72 inci serta paparan bernisbah 18:9.

Ia juga turut dilengkapi dengan tiga kamera iaitu 8 Megapikel untuk lensa hadapan, serta dwi lensa beresolusi 8 Megapiksel untuk penggambaran utamanya. Lenovo K350 ini juga dikuasakan dengan pemproses lapan teras berkelajuan 1.5GHz serta sistem operasi Android 7.0 Nougat. Dengan saiz kerangka berukuran 153.8 x 72.7 x 7.8mm serta berat sekitar 160g, ketahanan masa penggunaannya bergantung kepada bateri berkapasiti hanya 3,000 mAh.

Lenovo K350 ditawarkan dalam beberapa varian storan berbeza iaitu 16GB/32GB/64GB dengan sokongan RAM berkapasiti 2GB/3GB/4GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend