Lenovo Juga Bakal Hadir Dengan Sub-Jenama Tidak Lama Lagi – Lemeng Comments Off on Lenovo Juga Bakal Hadir Dengan Sub-Jenama Tidak Lama Lagi – Lemeng 462

Semakin hari semakin banyak sub-jenama telefon pintar diperkenalkan malah tempoh hari kita juga dikejutkan iQOO daripada Vivo. Kini, Lenovo pula dilaporkan akan memperkenalkan sub-jenama mereka sendiri tidak lama lagi.

Mengikut laman Weibo, satu akaun baharu telah diwujudkan atas nama “Lemeng” dan akaun ini telah dikongsikan di akaun Lenovo Mobile baru-baru ini di atas paltfom yang sama. Berdasarkan apa yang tertulis, syarikat ini juga mendedahkan ia adalah sebahagian daripada kumpulan Lenovo Beijing. Ini bermakna Lemeng bakal menjadi sub-jenama kepada Lenovo.

Terkini, Lemeng turut mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Lenovo untuk membincangkan pelan masa depan syarikat. Bagaimanapun mereka tidak mengumumkan bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi.

Melalui carian Lemeng di pelayar, jenama ini sebenarnya pernah wujud suatu ketika dahulu dengan nama Lemeng Mobile. Mereka pernah memasarkan telefon pintar khusus untuk muzik, tetapi malangnya ia telah terkubur semenjak beberapa tahun lepas. Memandangkan Lenovo akan menubuhkan semula jenama ini, kita mungkin akan melihat DNA Lenovo pada telefon pintar Lemeng tidak lama lagi.

Lemeng – sub-jenama Lenovo

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend