Lenovo Dijadualkan Akan Melancarkan Siri Note Terbaharunya Pada 5 September 2019 Comments Off on Lenovo Dijadualkan Akan Melancarkan Siri Note Terbaharunya Pada 5 September 2019 202

Melalui perkongsian yang dibuat oleh portal GSMArenaLenovo telah dilaporkan telah mula menghantar jemputan media untuk menghadiri majlis pelancaran rasmi telefon pintar terbaharunya. Walau bagaimanapun buat masa ini model yang akan dilancarkan itu masih lagi dirahsiakan, tetapi melalui pengumuman yang dibuat ia jelas merujuk kepada siri Note.

Dijadualkan akan didedahkan secara rasmi pada 5 September nanti, Lenovo dipercayai akan melancarkan model K10 Note berikutan penggunaan tanda pagar #KillerNote pada jemputan media yang dihantar. Menurut khabar angin yang dikongsikan, Lenovo K10 Note sebenarnya merupakan jelmaan semula Lenovo Z6 Youth Edition untuk pasaran global.

Bagi melihat model apakah yang akan dilancarkan, sama-sama kita nantikan pendedahannya seawal bulan depan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend