Lenovo Carme Dilancarkan Dengan Skrin Warna, Monitor Degupan Jantung Dan IP68, Harga RM205 Comments Off on Lenovo Carme Dilancarkan Dengan Skrin Warna, Monitor Degupan Jantung Dan IP68, Harga RM205 248

Baru-baru ini Lenovo telah melancarkan satu lagi produk terbaharunya iaitu Lenovo Carme yang merupakan jam tangan pintar untuk pasaran di India.

Lenovo Carme yang tampil dengan nombor model HW25P ini menyokong paparan IPS LCD segi empat sebesar 1.3 inci dengan permukaan skrin jenis 2.5D. Boleh disambungkan ke peranti Android atau iOS, jam tangan pintar ini boleh memaparkan notifikasi termasuk teks mesej, panggilan, emel, dan juga aplikasi media sosial.

Hadir dengan Bluetooth v4.2, Lenovo Carme turut dilengkapi dengan fungsi kesihatan dan kecergasan seperti pedometer, pemantauan kadar degupan jantung 24 jam, monitor tidur, dan juga sokongan 8 aktiviti iaitu badminton, bola keranjang, bola sepak, renang, berjalan dan banyak lagi.

Diiktiraf dengan rating IP68, ia menyokong ciri kalis air dan debu, manakala kapasiti bateri sebesar 200mAh pula menjanjikan ketahanan bateri sehingga 7 hari dengan sekali cas.

Lenovo Carme diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu hijau dan hitam, ia dijual pada harga Rs.3,499 (~RM205). Ia dilaporkan sudahpun dijual di India bermula hari ini (15 September 2019).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend