Lelong Tawar Proton SUV Terbaharu Dalam Menyambut Ulang Tahun Ke-20 Comments Off on Lelong Tawar Proton SUV Terbaharu Dalam Menyambut Ulang Tahun Ke-20

Tahun ini merupakan tahun yang ke-20 Lelong beroperasi di Malaysia. Dalam menyambut ulang tahun dua dekad mereka sebagai platfom e-dagang yang terawal di negara ini, Lelong berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pengguna mereka berupa hadiah berjumlah RM200,000 termasuk hadiah eksklusif sebuah Proton SUV terbaharu.

Bermula sekarang hingga 16 September (Hari Malaysia), Lelong akan mengajurkan beberapa peraduan, tawaran, serta promosi kepada para pengguna. Selain daripada hadiah utama, Lelong turut menawarkan 10,000 baucar dan 500 hadiah sampingan. Imej tumpu dalam kempen ini ialah peraduan “Shop and Win” dan “Spin and Win” di laman sesawang dan aplikasi mudah alih Lelong.my.

Lelong juga mengadakan lelongan “Superbid” dalam kempen ini. Pengguna boleh berkunjung ke Lelong.my pada hari biasa bermula pada jam 1 petang hingga 2 petang dan mula membida barangan pada harga serendah RM1. Sementara untuk cabaran “20 for 20” pula, ia mengambil tempat di media sosial Instagram dan Facebook. Sebanyak 20 cabaran unik untuk 20 orang pemenang terpilih. Berjalan serentak ialah “Photo Overlay Contest”, peluang untuk rakyat Malaysia menunjukkan serta berkongsi rasa cinta mereka kepada laman sesawang e-dagang paling popular di Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen, layari laman sesawang Lelong.my atau Facebook atau Instagram sekarang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend