Lelong Serah Kunci Proton X70 Kepada Pemenang Sekaligus Menjadi Pengguna Pertama Sebelum Pelancaran Comments Off on Lelong Serah Kunci Proton X70 Kepada Pemenang Sekaligus Menjadi Pengguna Pertama Sebelum Pelancaran

Pada bulan Ogos lalu, kami ada keluarkan artikel berkenaan peraduan ‘Shop and Win’ yang dianjurkan oleh Lelong. Peraduan yang menawarkan hadiah lumayan sepanjang hampir sebulan itu hari ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah.

Denise Anak Julie, 39 dari Sarawak telah diumumkan sebagai pemenang utama peraduan yang membawanya kepada hadiah utama berupa sebuah kereta Proton X70 terbaharu, sekaligus menjadikan beliau pengguna pertama di Malaysia sebelum pelancaran rasmi. Majlis penyampaian hadiah turut disertai hampir 60 pemenang bertuah dari seluruh negara dimana masig-masing menerima hadiah sampingan seperti tiket percutian, kotak hadiah eksklusif daripada Lelong, baucar beli-belah RM200, kamera Fujiflm Mini Instax 9, dron mini, dan akses ke panggung TGV.

Peraduan yang telah berlangsung dari 13 Ogos hingga 16 September lepas memerlukan pengguna membelanjakan wang sekurang-kurangnya RM60 untuk melayakkan diri merebut hadiah keselurahan berjumlah RM200,000.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend