Lelaki Berusia 59 Tahun Ini Menggunakan 11 Telefon Pintar Yang Dipasang Pada Basikal Untuk Bermain Pokemon GO Comments Off on Lelaki Berusia 59 Tahun Ini Menggunakan 11 Telefon Pintar Yang Dipasang Pada Basikal Untuk Bermain Pokemon GO

Seorang lelaki berusia 59 tahun yang menetap di New Taipei City, Taiwan sememangnya memiliki hobi yang agak unik dan agak ekstrem dalam menghabiskan masa lapangnya. Dikenali sebagai Chen San-Yuan, lelaki yang layak digelar ‘atok’ ini akan menggunakan sebanyak 11 telefon pintar daripada pelbagai jenama yang dipasangkan pada basikal miliknya untuk tujuan bermain Pokemon GO.

Berbekalkan kabel dan juga powerbank yang diletakkan di dalam satu beg khas, dia akan mengayuh basikal di sekitar jalan dan juga taman di bandar berkenaan dengan tujuan untuk menangkap raksasa maya di dalam permainan berkenaan. Disebabkan oleh minatnya yang menggila terhadap permainan itu, adakalanya dia akan hanya pulang ke rumah pada jam 4 pagi.

Dipanggil sebagai ‘Uncle Pokemon’ oleh penduduk setempat, Chen telah bercadang untuk menggunakan sehingga 15 telefon pintar pada masa akan datang. Untuk pengetahuan korang, setakat ini dia telah menghabiskan sebanyak £1,165 (kira-kira RM6,113) sebulan untuk hobi peliknya itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend