Lebih Daripada 260,000 Pengguna Di Korea Selatan Telah Disambungkan Ke Rangkaian 5G Comments Off on Lebih Daripada 260,000 Pengguna Di Korea Selatan Telah Disambungkan Ke Rangkaian 5G

Apabila sebut sahaja tentang rangkaian Internet berkelajuan tinggi, Korea Selatan merupakan antara negara yang berada di kedudukan teratas dalam senarai. Bahkan ia juga merupakan antara negara terawal yang sering mengimplementasikan Internet berkelajuan Internet berbanding negara lain.

Melalui laporan yang dikongsikan oleh portal ithome, Korea Selatan kini telah memiliki lebih daripada 260,000 pengguna yang telah disambungkan ke rangkaian Internet berkelajuan tinggi 5G. Berdasarkan jumlah tersebut, pembekal telekomunikasi Korea Telecom (KT) memiliki lebih 100,000 pengguna, manakala SK Telecom dan LG Uplus masing-masing tidak mendedahkan jumlah pelanggan 5G mereka.

Jumlah pengguna 5G di Korea Selatan itu boleh dikatakan sangat positif memandangkan rangkaian 5G di negara itu baru sahaja dilancarkan secara komersial pada awal April 2019 yang lalu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend