Lebih Daripada 100 Juta Unit Telefon Pintar Huawei Telah Berjaya Diedarkan Dalam Tempoh Lima Bulan Comments Off on Lebih Daripada 100 Juta Unit Telefon Pintar Huawei Telah Berjaya Diedarkan Dalam Tempoh Lima Bulan 513

Huawei sebelum ini telahpun melancarkan model terbaharunya di China dengan penawaran siri Huawei Nova 5 yang terdiri daripada tiga varian berbeza iaitu Nova 5, Nova 5 Pro dan juga Nova 5i. Di dalam majlis itu juga, Huawei turut mengumumkan rekod yang telah berjaya dicapainya untuk tahun 2019 ini.

Menurut He Gang selaku Ketua Bahagian Telefon Pintar Huawei, mereka telah berjaya mengedarkan lebih daripada 100 juta unit telefon pintar dalam tempoh lima bulan pertama bagi tahun 2019 ini. Ia merupakan pencapaian terbaik yang berjaya direkodkan oleh Huawei untuk tempoh tersebut.

Jika dilihat pada rekod sebelum ini, penghujung tahun 2018 telah mencatatkan pengedaran telefon pintar sekitar 200 juta unit dengan siri Nova telah menyaksikan perkembangan yang sangat positif dengan mencatatkan lebih daripada 65 juta unit berjaya diedarkan untuk pasaran global.

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Dan Nova 4 Edisi Istimewa Diperkenalkan Bagi Meraikan Kejayaan 200 Juta Unit Jualan

Pengguna Huawei Siri Nova Kini Mencecah 65 Juta Orang

Huawei Sasar Untuk Mengedar 250 Juta Unit Telefon Pintar Tahun Ini Dan 300 Juta Unit Pada Tahun 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend