Lebih 7 Juta Unit Siri HUAWEI Mate 30 Berjaya Dijual Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh Dua Bulan Comments Off on Lebih 7 Juta Unit Siri HUAWEI Mate 30 Berjaya Dijual Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh Dua Bulan

Serentak dengan majlis pelancaran tablet Android paling berkuasa iaitu HUAWEI MatePad Pro, Richard Yu selaku CEO HUAWEI turut mendedahkan bahawa lebih daripada 7 juta unit telefon pintar daripada siri HUAWEI Mate 30 telah berjaya dijual di seluruh dunia setakat ini.

Walaupun siri Mate 30 tidak lagi didatangkan dengan sokongan aplikasi Google, rekod jualan untuk tempoh dua bulan itu dikatakan sangat memberangsangkan. Lebih mengejutkan, siri HUAWEI Mate 30 ini juga menyaksikan peningkatan yang sangat drastik iaitu mencecah sehingga 75% berbanding rekod jualan siri Mate 20 pada tahun lepas.

Angka tersebut merangkumi jualan untuk model Mate 30, Mate 30 Pro, Mate 30 5G, Mate 30 Pro 5G, dan juga Mate 30 RS Porsche Design. Selain prestasi Kirin 990 yang sangat berkuasa, keupayaan kamera SuperSensing Cine Camera merupakan salah satu faktor yang membantu jualan peranti ini.

Baca juga:

HUAWEI MatePad Pro Kini Rasmi Dengan Skrin Penuh 10.8″ QHD+, Kirin 990 Dan Bateri 7250mAh

Jerayawara Siri HUAWEI Mate 30 Telahpun Bermula, Menawarkan Promosi Istimewa

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend