Lebih 500 Unit Realme 3 Berjaya Dijual Dalam Tempoh 3 Minit, Jualan Kedua Di Lazada Pada 4 April Comments Off on Lebih 500 Unit Realme 3 Berjaya Dijual Dalam Tempoh 3 Minit, Jualan Kedua Di Lazada Pada 4 April 297

Realme Malaysia telah mencatatkan rekod jualan dalam Jualan Ulang Tahun Ke-7 Lazada, apabila berjaya menjual lebih daripada 500 unit Realme 3 dalam tempoh 3 minit. Malah dalam tempoh satu hari, sebanyak 2000 unit Realme 3 berjaya dijual bersempena hari pertama jualannya secara eksklusif di Lazada.

Dilancarkan secara rasmi pada 21 Mac yang lalu, Realme 3 telah diperkenalkan dengan sokongan cipset MediaTek Helio P60, dioperasikan dengan ColorOS 6.0 (Android 9.0 Pie), dwi kamera 13MP + 2MP dengan sokongan mod Nightscape dan Chroma Boost, dan juga tersedia dengan kapasiti bateri besar mencecah 4230 mAh.

Bagi meraikan kejayaan itu, Realme Malaysia akan mengadakan jualan kedua Realme 3 dalam varian 3GB + 32GB di Lazada pada minggu depan iaitu 4 April 2019 nanti. Lebih istimewanya, ia akan dijual pada harga promosi yang lebih murah iaitu RM549 (harga asal RM599).

Tonton video buka kotak Realme 3:

Baca juga:

8 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Realme 3?!

Realme 3 Kini Rasmi Dengan Helio P60, Dwi Kamera dan Bateri 4230 Mah Dengan Harga Daripada RM599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend