Lebih 50 Juta Peranti HUAWEI Dan HONOR Telah Menerima Kemas Kini EMUI 10 Comments Off on Lebih 50 Juta Peranti HUAWEI Dan HONOR Telah Menerima Kemas Kini EMUI 10

Baru sahaja bulan lepas HUAWEI mengumumkan bahawa lebih 10 juta telefon pintar keluarannya dan HONOR telah dioperasikan dengan EMUI 10.

Laporan terkini yang telah dikongsikan oleh HuaweiCentral, kini lebih 50 juta telefon pintar HUAWEI dan HONOR telah menerima kemas kini berasaskan Android 10 itu di seluruh dunia.

Angka itu dilihat sangat positif berikutan baru-baru ini lebih banyak model keluaran HUAWEI dan HONOR (contoh: HUAWEI Nova 4e) dilihat telah mula menerima kemas kini EMUI 10 itu secara rasmi. Sebagai rujukan, EMUI 10 baru sahaja diperkenalkan sejak lima bulan yang lalu.

Siri HUAWEI P30 merupakan model pertama daripada HUAWEI yang menerima kemas kini EMUI 10 sejak November 2019 yang lalu.

EMUI 10 menjanjikan penambahbaikan perisian termasuklah GPU Turbo 4.0 dengan prestasi 60 peratus lebih baik berbanding sebelumnya, sistem fail EROFS (Extendable Read-Only File System) dengan peningkatan kelajuan random read sehingga 20 peratus, dan juga Ark Compiler yang mempercepatkan pembukaan aplikasi pihak ketiga sehingga 60 peratus.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend