Lebih 5 Juta Unit Black Shark 3 Telah Ditempah Dalam Tempoh Hanya 48 Jam Comments Off on Lebih 5 Juta Unit Black Shark 3 Telah Ditempah Dalam Tempoh Hanya 48 Jam

Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi di China, dan pra-tempah untuk peranti gaming terbaharu ini telahpun dibuka untuk pengguna di negara itu.

Selepas 48 jam pra-tempah siri Black Shark 3 dibuat, Black Shark telah mengumumkan lebih daripada 5 juta unit peranti itu telah ditempah secara atas talian. Pengumuman ini telah dibuat melalui akaun rasmi Weibo milik syarikat itu.

Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro masing-masing telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, paparan skrin 90Hz, RAM LPDDR5 sehingga 12GB, storan UFS 3.0 sehingga 256GB, tiga kamera 64MP dan juga teknologi pengecasan pantas 65W.

Siri Black Shark 3 akan mula dijual secara rasmi di China bermula hari ini pada harga bermula daripada CNY3,499, iaitu kira-kira RM2,115.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend