
Dilancarkan secara rasmi di India pada awal bulan Mac yang lalu, jualan pertama Realme 3 telah berlangsung semalam dengan mencatatkan angka jualan yang sangat memberangsangkan.
Dijual secara dalam talian di Flipkart dan juga laman rasmi Realme, lebih 210,000 unit Realme 3 telah habis dijual untuk tempoh kurang daripada 24 jam. Berikutan sambutan positif itu, Realme India akan mengadakan jualan kilat keduanya yang akan berlangsung pada 19 Mac nanti.
With 2,10,000+ units of #realme3 sold on @Flipkart and https://t.co/reDVoAlOE1 , let’s welcome the new segment leader. Thank you to all the fans for the overwhelming response. 🤩
Gear up for the next sale at 12 noon, 19th Mar. #PowerYourStyle pic.twitter.com/cO84cEk3a2
— realme (@realmemobiles) March 12, 2019
Realme 3 yang memiliki bateri berkapasiti 4230 mAh ini tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Dynamic Black, Radient Blue dan juga Black. Varian 3GB + 32GB akan dijual pada harga Rs.8,999 (kira-kira RM517), manakala varian 4GB + 64GB pula boleh dimiliki pada harga Rs.10,999 (kira-kira RM632).
Realme 3 bakal menemui pengguna di Malaysia tidak lama lagi kerana ia telah dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Mac 2019.
Baca juga:
Realme 3 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia Pada 21 Mac 2019 Nanti
Realme 3 Dengan Skrin 6.2 Inci HD+, Android Pie Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi