LEAGOO S10 Hadir Dengan Rekaan ‘Klon’ Dari Huawei P20 Pro Dan Essential Phone Comments Off on LEAGOO S10 Hadir Dengan Rekaan ‘Klon’ Dari Huawei P20 Pro Dan Essential Phone

LEAGOO bukanlah satu jenama yang gah sebagaimana jenama lain di pasaran, tetapi ia masih berjaya mendapat tempat di hati pengguna tempatan kerana faktor harga jualan yang mampu milik. Jika faktor bajet menjadi kekangan untuk memiliki peranti flagship yang mencecah harga jualan mencecah sehingga RM3000, kini ada berita yang mampu membuatkan anda tersenyum.

LEAGOO S10 (kiri) menampilkan rekaan panel belakang dan juga pemilihan warna yang sama seperti Huawei P20 Pro (kanan).

Berdasarkan kepada pengumuman rasmi dari LEAGOO, mereka akan melancarkan dua model terbaru keluarannya iaitu LEAGOO S9/S9 Pro dan juga S10. Tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah penampilan model S10 yang menampilkan rekaan ‘klon’ dari dua model flagship iaitu Huawei P20 Pro dan juga Essential Phone.

Panel skrin LEAGOO S10 kelihatan mirip seperti Essential Phone dengan sokongan takuk kecil bagi menempatkan kamera swafoto. Manakala panel belakangnya pula sama seperti Huawei P20 Pro kerana dilengkapi 3 kamera dan lebih mengejutkan adalah penggunaan kemasan warna popular dari Huawei iaitu ‘Twilight’.

Selain model S10, LEAGOO akan turut melancarkan dua lagi model iaitu S9 dan juga S9 Pro pada majlis pelancaran ‘LEAGOO X’ yang akan diadakan pada 18 April nanti.

LEAGOO S10 ini dikatakan akan menyokong skrin berukuran 6.0 inci, teknologi pengimbas cap jari pada skrin, dan akan menawarkan dua pilihan storan berbeza iaitu 256GB + RAM 8GB ataupun 128GB + RAM 6GB. Menurut maklumat yang diterima juga turut mendedahkan ia juga akan dioperasikan oleh dua pemproses berbeza iaitu MediaTek Helio P60 ataupun Qualcomm Snapdragon 845.

LEAGOO akan melancarkan tiga model terbarunya ini di dalam majlis ‘LEAGOO X’ yang akan diadakan pada 18 April nanti di Hong Kong.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend