LazMall Dilancarkan Secara Rasmi – Penghantaran Dalam Tempoh 24 Jam Atau Kurang Comments Off on LazMall Dilancarkan Secara Rasmi – Penghantaran Dalam Tempoh 24 Jam Atau Kurang

Mungkin ramai diantara anda yang sudah tahu kewujudan LazMall di dalam aplikasi Lazada. LazMall ialah gedung yang menawarkan barangan 100% tulen daripada jenama-jenama terkenal. Hari ini Lazada secara rasmi melancarkan LazMall kepada orang ramai.

Apa yang menarik di LazMall ialah pembeli boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran yang lebih cepat berbanding produk yang tidak mempunyai tag LazMall. Pihak Lazada memaklumkan, pembeli yang telah membuat pembelian sebelum jam 5 petang setiap hari, mereka akan menerima barang tersebut terus ke depan pintu rumah dalam tempoh 24 jam atau kurang.

Malahan, jika pembeli tidak berminat dengan barang yang telah diterima, mereka boleh memulangkannya kepada Lazada dalam tempoh 15 hari waktu bekerja – termasuk kerosakan atau bertukar fikiran. Sebanyak 2,000 tempat memulangkan barang disediakan buat masa ini termasuk pejabat pos.

Dalam masa sama, Lazada turut mengingatkan pengguna aplikasi mereka tentang kempen promosi yang akan dijalankan pada 9 September ini (9.9). Bermula 1 September 2018, pembeli boleh menyertai aktiviti ‘Crazy Deals’ dan ‘Shake It’ sambil merebut baucar dan tawaran menarik.

Untuk memudahkan pengalaman membeli pada 9.9 ini, pembeli boleh memasukkan barang-barang yang ingin dibeli di dalam bakul membeli-belah dan membayarnya sejurus promosi bermula pada pukul 12 tengah malam 9 September. Sebelum itu, jangan lupa untuk lihat tag promosi 9.9 pada produk yang dipilih untuk mendapatkan potongan harga.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend