LazMall Buka Tempahan ZenFone Max Pro (M1) Versi 6GB+64GB Pada Harga RM999 – 1 Hingga 2 Ogos Comments Off on LazMall Buka Tempahan ZenFone Max Pro (M1) Versi 6GB+64GB Pada Harga RM999 – 1 Hingga 2 Ogos

Asus ZenFone Max Pro (M1) telah dilancarkan di Malaysia beberapa bulan lalu. Pada masa itu ia hanya ditawarkan dengan versi asas 3GB+32GB dan versi 4GB+64GB menyusul beberapa minggu selepas itu. Atas permintaan ramai, Asus Malaysia hari ini mengumumkan versi 6GB+64GB boleh ditempah bermula 1 Ogos 2018 pada harga RM999.

Pra-tempahan ini dibuka dalam tempoh terhad iaitu selama dua hari sahaja. Jadi, bagi anda yang ingin membuat pra-tempah boleh kunjungi stor rasmi dalam talian Asus Malaysia di LazMall. LazMall boleh diakses melalui aplikasi Lazada dan tawaran ini akan berakhir pada 2 Ogos 2018. Peranti dijangka tiba seminggu selepas itu.

Apa itu LazMall?

LazMall merupakan gedung beli-belah dalam talian yang diperkenalkan Lazada baru-baru ini. LazMall menyertakan kedai-kedai rasmi daripada pelbagai jenama dan barangan yang dijual dijamin 100% tulen. LazMall juga menjanjikan perkhidmatan pulangan barang dalam tempoh 15 hari.

Pra-Tempah: Asus ZenFone Max Pro (M1) di LazMall

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend