Lapan Pemenang Pertama “Amazing Nova Search” Berjaya Bawa Pulang Huawei Nova 4 Comments Off on Lapan Pemenang Pertama “Amazing Nova Search” Berjaya Bawa Pulang Huawei Nova 4 578

Huawei Nova 4 telah mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula semalam, 14 Februari 2019. Bagi menyambut kedatangan peranti ini, Huawei turut mengadakan jerayawara pertama mereka di Sunway Pyramid. Pada masa sama Huawei juga menganjurkan permainan ‘Cari dan Menang’ Huawei Nova 4 kepada peserta yang telah mendaftarkan minat.

Seramai lapan peserta telah berjaya melengkapkan permainan pada masa yang ditetapkan. Ini sekaligus setiap seorang daripada mereka layak membawa pulang Huawei Nova 4 secara percuma.

Memandangkan jerayawara pertama ini jatuh pada Hari Valentine, Huawei turut menyajikan hadiah kepada para pengunjung menerusi belon-belon yang digantung. Difahamkan setiap belon ini menawarkan hadiah berupa satu unit Huawei Nova 4, baucar Huawei, baucar Zalora, dan baucar HappyFresh.

Bagi yang terlepas peluang menyertai permainan ‘Cari dan Menang’ Huawei Nova 4, anda mungkin masih belum terlambat lagi untuk mendaftarkan diri. Malahan, berbaki 43 unit lagi Huawei Nova 4 untuk dimenangi di sembilan lokasi jerayawara “Amazing Nova Search Huawei Nova 4” di sekitar anda hingga 2 Mac 2019 nanti. Anda juga boleh rujuk artikel kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyertaan permainan.

Baca juga:

[Ulasan] Huawei Nova 4 – Peranti Pertama Huawei Dengan Rekaan Kamera Dalam Skrin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend