Lapan Model HUAWEI Ini Akan Terima Kemas Kini Paparan ‘AOD’ Berwarna Seawal Suku Pertama 2020 Comments Off on Lapan Model HUAWEI Ini Akan Terima Kemas Kini Paparan ‘AOD’ Berwarna Seawal Suku Pertama 2020

Sejak kebelakangan ini beberapa model telefon pintar keluaran HUAWEI telahpun dilaporkan mula menerima kemas kini EMUI 10 secara rasmi. Namun berbeza dengan sokongan EMUI 10 pada siri HUAWEI Mate 30, peranti EMUI 10 yang lain tidak pula menerima fungsi ‘AOD’ (Always-On Display) berwarna dengan pelbagai pilihan gaya berbeza.

Pilihan paparan AOD yang tersedia pada EMUI 10.

Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan oleh HUAWEI dalam acara di China, Dr. Wang Chenglu selaku Presiden Perisian Perniagaan Pengguna HUAWEI telah mengumumkan bahawa lapan daripada peranti HUAWEI terdahulu, telahpun disahkan akan menerima kemas kini AOD berwarna itu seawal suku pertama tahun depan.

Buat masa ini, kesemua peranti HUAWEI yang telah dikemaskinikan ke EMUI 10 masih lagi menyokong fungsi AOD biasa seperti yang dapat dilihat pada EMUI 9.

Menurutnya untuk fasa pertama ini hanya lapan model akan menerima kemas kini tersebut, dan ketersediaan kemas kini AOD berwarna itu mungkin diperluaskan ke lebih banyak model termasuk siri HUAWEI P20 pada masa akan datang. Berikut adalah senarai telefon pintar HUAWEI yang akan menerima fungsi AOD berwarna:

  • HUAWEI P30
  • HUAWEI P30 Pro
  • HUAWEI Mate 20
  • HUAWEI Mate 20 Pro
  • HUAWEI Mate 20 X (4G)
  • HUAWEI Mate 20 X (5G)
  • HUAWEI Magic 2
  • HUAWEI Nova 5 Pro

Baca juga:

HUAWEI Mate 20 Berharga RM1,212 Antara Peranti Dengan Diskaun Sempena ‘HUAWEI 12.12’

Harga Jualan Rasmi HUAWEI P30 Dan P30 Pro Kini Diturunkan Sehingga RM500, Kini Bermula RM1999

HUAWEI Malaysia Buka Pusat Khidmat Pelanggan Premium Yang Pertama Di KL Eco City Mall

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend